MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 24

20 Oktober 2023 | Jumaat - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 24 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Dewan Terbuka Taman Sri Damai, Rengit anjuran Tuan Haji Ishak @ Mohd Farid Bin Siraj, Ahli Majlis Zon 24.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor merangkap Adun Rengit. Turut hadir Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat serta Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program seperti pertandingan plogging, pertandingan mewarna, pameran agensi dan swasta dan penanaman pokok.

Terima kasih kepada AADK, KKM, SWCorp Batu Pahat, PPK Rengit, Penduduk setempat serta lain-lain agensi diatas penglibatan bersama.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat yang telah menyumbang bantuan barangan keperluan kepada 20 orang asnaf.

#MPBP #MajudanSejahtera #PGMZon24