MENU

Main menu

PEMBENTANGAN DRAF LAPORAN AKHIR

PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT (2023-2033) - 16 Oktober 2023 | Isnin

Pembentangan ini diadakan bagi membentangkan output cadangan sepanjang kajian yang dijalankan dengan input daripada pandangan semua jabatan teknikal dan agensi berkaitan khususnya bagi mewujudkan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan dalam merencana pelan tindakan terhadap pembangunan landskap MPBP.

Majlis dipengerusikan oleh En. Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir bersama En. Lar. Sabaruddin bin Buang ( Konsep Inovartis Sdn Bhd, Perunding Kajian Pil MPBP ), Ketua-ketua jabatan dan unit agensi serta ketua-ketua jabatan Majlis Perbandaran Batu Pahat.