MENU

Main menu

PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT (MPBP) BAGI BULAN OKTOBER TAHUN 2023

8 OKTOBER 2023 | AHAD

Majlis perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2023 diurusetiakan oleh Jabatan Penguatkuasaan MPBP. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Encik Mohd. Qamarul Hazeq, Ketua Jabatan Penguatkuasaan MPBP dan diteruskan dengan ucapan Amanat oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP.

Dalam ucapannya, beliau juga berkongsi berkenaan program sepanjang bulan September 2023 serta pencapaian Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan penganugerahan Tempat Ketiga Pembekal Data Terbaik (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan) dalam satu majlis Apresiasi Pembekal Data Tahun 2023 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan bagi bulan September 2023.