MENU

Main menu

En.Ezahar b Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat mempengerusikan Mesyuarat Kickoff Penyediaan Rangka Kerja Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon yang akan disediakan oleh pihak UiTM Technoventure Sdn Bhd. Turut hadir En. Shahril b Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembanguan MPBP, Gs. Norhiysam b Mohamad @Samad, Pegawai Perancang Bandar. En. Abdul Halim b Sarpin, Ketua Unit Perolehan dan Kontrak, MPBP serta En. Khairul Assidique b Jelani@Jailani, Pen.Pegawai Perancang Bandar. Pihak UiTM Technoventure dihadiri oleh TS. Dr. Sakhiah bt Kudus, Ir. Mohamad Fuad b Shukor, TS. Dr. Mohamad Farid b Misnan, Gs. Dr Nor Hisham b Md Saman, Dr. Nazirah bt Ab Wahab dan TS. Dr. Nurul Rabitah Daud.

Pihak UiTM Technoventure Sdn Bhd dipertanggungjawab untuk menyediakan dokumen terperinci serta pengiraan data asas (baseline) terkini bagi keperluan Zon Bandar Rendah Karbon yang telah diperluaskan kawasan kepada 401.9hektar di Pusat Bandar Penggaram. Kajian akan mengambilkira dokumen Pelan Tindakan sedia ada serta penambahbaik terhadap strategi serta tindakan yang akan memberi impak yang lebih baik selaras dengan inisiatif Bandar Pintar dan Rendah Karbon di Batu Pahat menjelang tahun 2030.