Kaunter Bergerak
Smart Van MP Muar kini beroperasi!
Smart Van ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Muar (MPM) bagi memudahkan orang ramai berurusan berkaitan:
- Bil Cukai Harta
- Lesen
- Sewaan
- Aduan Awam
Perkhidmatan ini disediakan di lokasi-lokasi terpilih bagi memudahkan semakan dan pembayaran oleh orang awam. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan kad kredit/debit.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Unit Cukai, Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Muar
- Telefon: 06-959 7127
- Email: kewangan.mpmuar@gmail.com