FUNGSI DAN DASAR
- Merancang dan mengawal pembangunan kawasan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.
- Menguatkuasa dan mengawal segala aktiviti di kawasan pentadbiran sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Mengeluarkan dan mengawal lesen-lesen perniagaan, papan tanda iklan perniagaan, serta penjaja.
- Menyediakan kemudahan perniagaan seperti kedai, bazar, gerai, pasar awam dan lain-lain.
- Mengawal selia perkhidmatan kebersihan.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam, rekreasi, landskap dan pengindahan bandar.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan infrastruktur seperti jalan, perparitan, longkang dan lampu jalan.
- Mengurus sumber kewangan dengan cekap, berkesan dan berhemah mengikut tatacara pengurusan kewangan yang telah ditetapkan.
- Berperanan sebagai badan kawalan bangunan dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang, akta, garis panduan dan dasar-dasar am majlis bagi mewujudkan persekitaran yang terkawal dan teratur.