TAXFORCE : OPERASI SITAAN PREMIS PERNIAGAAN & KEDIAMAN GAGAL BAYAR CUKAI HARTA
27 MEI 2024 (ISNIN)
Anggota Unit Cukai Harta, Jabatan Kewangan Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah melaksanakan operasi sitaan terhadap 3 buah rumah kediaman di sekitar kawasan daerah Muar yang mempunyai tunggakkan bil cukai harta serta gagal membayar cukai harta selepas diberikan Notis (E). Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),Seksyen 148.
Operasi sitaan yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Setiausaha MPM ini turut disertai oleh anggota “TaxForce” yang terdiri dari pihak PDRM, Jabatan Kewangan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta serta Unit Undang Undang MPM.
Orang ramai terutama pemilik premis diingatkan agar menjelaskan sebarang tunggakan bayaran cukai harta segera supaya dapat mengelakkan premis daripada disita.
Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hadir atau hubungi Unit Cukai Harta Jabatan Kewangan (06-954 1105) untuk sessi rundingan dan perbincangan (sebelum tarikh notis peringatan berakhir). Kerjasama anda amatlah dihargai.
KEPADA ALLAH BERSERAH
KAMI #MPMPrihatin