Sesi Pelantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Muar Sesi 2024/2025

Sesi Pelantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Muar Sesi 2024/2025

  • 2 Jul 2024
  • Berita
SESI PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN MUAR SESI 2024/2025
Pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menerima seorang lagi Ahli Majlis bagi sesi lantikan 2024/2025 berkuatkuasa 1 Julai 2024. Sesi mengangkat sumpah bagi pelantikan Ahli Majlis, Puan Normah binti Kassim  telah diadakan bertempat di Bilik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar. 
Turut hadir sesi tersebut YBhg Dato' Azman bin Ismail, Ketua Whip dan Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MPM. Pelantikan ahli majlis ini selaras dengan Seksyen 10(1) dan Seksyen 10(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk melantik ahli-ahli majlis bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
KEPADA ALLAH BERSERAH