#NotisHebahan #PerpindahanBerperingkat #IbuPejabatMPM
MAKLUMAN PERPINDAHAN BERPERINGKAT DAN PENGOPERASIAN IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Untuk makluman, pentadbiran Majlis Perbandaran Muar sedang dalam proses perpindahan secara berperingkat dari Pejabat Urusan MPM di Jalan Maharani ke Ibu Pejabat, Jalan Pintasan Muar (AMJ). Bagi memastikan semua perkhidmatan kami berada dalam keadaan yang optimum, semua jenis perkhidmatan akan tersedia dan beroperasi sepenuhnya dijangka pada bulan Julai 2025.
Kaunter Terimaan Bersepadu di Bangunan Baru MPM akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2025. Buat masa ini, terimaan yang dibolehkan hanya untuk bayaran cukai dan pelbagai sahaja. Dalam masa yang sama, kaunter terimaan di Bangunan Jalan Maharani masih beroperasi seperti biasa.
Sila hubungi HOTLINE baru ditalian 06-9597100 untuk sebarang pertanyaan. Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.
Sudah Berpindah (Beroperasi) :
1. Jabatan Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan
2. Jabatan Kewangan
3. Jabatan Perancang Bandar dan Landskap
4. Jabatan Kejuruteraan
5. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
6. Jabatan Bangunan
7. Jabatan Kesihatan dan Pelesenan
8. Unit Pusat Setempat (OSC)
9. Unit Teknologi Maklumat
10. Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Dalam Fasa Perpindahan :
1. Pejabat Yang Dipertua
2. Pejabat Setiausaha
3. Jabatan Khidmat Pengurusan
4. Jabatan Penguatkuasaan
5. Unit Undang-Undang
6. Unit Audit Dalam
7. Unit Perolehan dan Pengurusan Kontrak
KEPADA ALLAH BERSERAH
KAMI #MPMPrihatin
#MajlisPerbandaranMuar
#BandarMaharaniBandarDiraja
#BandarWarisanBersihSejahtera
#BandarMesraAutism
#KomunitiBerkarbonRendahPerbandaranLestari
#DestinasiUnik
#MuarPerkasa2030
#KomunitiBertindakBersamaPBT
#SayangiMuar

Makluman Perpindahan Berperingkat dan Makluman Pengoperasian Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Muar
- 17 Mar 2025
- Pengumuman