22 SEPTEMBER 2025 | ISNIN - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan Sesi Perbincangan Penulisan Sasaran Kerja Utama (SKU) bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) dan sesi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil pentadbir SKU jabatan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Khairul Adha bin Sarjuni, Penolong Pegawai Tadbir, Puan Siti Maslizah binti Md Yusof, Penolong Pegawai Tadbir dan Cik Nur Afiqah binti Md Noh, Pembantu Tadbir dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ).