13 OKTOBER 2025 | ISNIN - Sesi outreach yang dilaksanakan bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik premis industri berkenaan pelaksanaan Program Pemutihan Pemajuan Industri Tanpa Kebenaran di dalam kawasan MPBP. Program ini melibatkan kerjasama di antara pihak MPBP, pihak Genting Property dan pihak JLG Zaquin Sdn Bhd.
Program telah dihadiri oleh Puan Haryani binti Sukarman (Ahli Majlis Zon 9), Encik Murugan A/L Shanmugam (Ahli Majlis Zon 10), Encik Teo Shang Chuan (Ahli Majlis Zon 11), Encik Boo Chin Long (Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat), Persatuan Perabot Daerah Batu Pahat, ketua – ketua zon taman perindustrian Batu Pahat dan pengusaha syarikat industri di dalam sebahagian kawasan Mukim Linau, Mukim Simpang Kanan, dan Mukim Sri Gading.
Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Shahril bin Karjoo (Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP) berkaitan Program Pemutihan MPBP, Encik Mohd Zaki Tamimi bin Mohamad (Head of Officer Development JLG Zaquin Sdn Bhd) berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Industri dan Puan Teo Lee Ean (Vice President Genting Property Sdn Bhd) berkaitan Pembangunan Genting Industrial City.
Di akhir program, pemilik premis yang beroperasi di luar zon industri telah diberi pendedahan berkenaan kaedah permohonan pelan kepada MPBP bagi meneruskan operasi sehingga akhir Disember 2026 selaras dengan Program Pemutihan MPBP.