Sesi Libat Urus (SLU) dan Turun Padang (TUPA) Oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor Di Daerah Batu Pahat

Sesi Libat Urus (SLU) dan Turun Padang (TUPA) Oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor Di Daerah Batu Pahat

  • 27 Oct 2025
  • Berita

27 OKTOBER 2025 | ISNIN - Anjuran bersama: Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor & Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah terlibat dalam Sesi Libat Urus (SLU) dan Turun Padang (TUPA) yang diadakan di beberapa lokasi sekitar Daerah Batu Pahat bagi meneliti serta menyelesaikan aduan awam berkaitan isu keselamatan, lalu lintas dan kebersihan.

Antara lokasi lawatan yang melibatkan MPBP termasuk:

  • Jalan Budi 2, Taman Wawasan Perindustrian, Batu Pahat – Isu pemotongan pokok atas faktor keselamatan.
  • Jalan Low Piak, Taman Batu Pahat – Aduan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Sesi ini turut disertai oleh wakil daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor iaitu:

  1. Encik Clement Wong Chen Siong – Pengarah BPA Johor
  2. Puan Nazihah Iryani binti Azaddin – Penolong Pengarah BPA Johor
  3. Encik Nur Aiman bin Dahlan – Penolong Pegawai Tadbir BPA Johor

Turut hadir bagi pihak MPBP ialah Ahli Majlis Zon 21, En. Azmin Nizam Bin Alias @Elias (bagi kes PCB.345262) dan Ahli Majlis Zon 16,Dr. King Ban Siang (bagi kes PCB.347216) yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat.

Sesi Libat Urus dan Turun Padang ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPBP untuk memperkukuh hubungan dengan agensi kerajaan serta memastikan setiap aduan masyarakat dapat ditangani dengan cepat, berkesan dan bersepadu demi kesejahteraan penduduk Batu Pahat.

#mpbpmajudansejahtera