29 SEPTEMBER 2025 | ISNIN - Program Lawatan Perkhidmatan Bas Muafakat Johor dan Lawatan Tapak Bersama Tuan Yang Dipertua dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Program telah dijalankan pada jam 10.00 pagi bermula di Terminal Bas Batu Pahat dengan menggunakan satu unit Bas Muafakat Johor (BMJ) menuju ke Laluan BP002 (Terminal Bas Batu Pahat - Parit Raja).
Program dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan keutamaan Laluan BP002 oleh wakil Jabatan Perancangan Pembangunan. Seterusnya, lawatan tapak pertama adalah di Pekan Parit Raja bagi melihat cadangan pembangunan 10 unit kedai pejabat dua tingkat dan 8 unit kedai pejabat tiga tingkat oleh Tetuan Sneko Holdings Sdn Bhd serta cadangan Pembangunan Dataran Parit Raja. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan.
Lawatan diteruskan ke tapak pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Taman Pura Kencana, Sri Gading. Penerangan ringkas projek telah disampaikan oleh Encik Mohamad Rafiq bin Ibrahim, Jabatan Kejuruteraan MPBP.
Program berakhir pada jam 1.00 petang di Terminal Bas Batu Pahat dengan mencapai objektif lawatan iaitu memberikan pendedahan serta pengalaman berkaitan perkhidmatan BMJ di Laluan BP002 serta meningkatkan pemahaman berkaitan projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Parit Raja dan Sri Gading, Batu Pahat, Johor.