27 SEPTEMBER 2025 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 4 Shahbandar anjuran Encik Lim Sey Ken, Ahli Majlis Zon 4 Shahbandar sempena Hari Cuci Malaysia 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 27 September 2025 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi di Dewan Terbuka Rumah Pangsa Jalan Pantai, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim.
Kehadiran hampir 200 tetamu telah memeriahkan program tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama jabatan-jabatan dalaman Majlis Perbandaran Batu Pahat, Jabatan Perpaduan Batu Pahat, Yayasan Makmur Batu Pahat, Southern Volunteers Batu Pahat, SWCorp, SWM Batu Pahat, KRT Rumah Pangsa Jalan Pantai serta KRT Taman Pantai / Kampung Satey.
Objektif utama program adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap kebersihan persekitaran yang bersih dan bebas denggi, memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan di kalangan masyarakat setempat dan kejiranan serta memberi peluang kepada Ahli Majlis dan agensi-agensi terlibat mendekati masyarakat setempat dan memahami masalah-masalah mereka.
Imbasan QR Code Hari Cuci Malaysia 2025 dibuat sebagai gimik perasmian program manakala pengisian program melalui aktiviti plogging dan gotong royong di kawasan persekitaran program, pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan berhadiah.
Penyampaian sumbangan set bantuan makanan daripada Yayasan Makmur Batu Pahat kepada 25 penerima dari Zon 4 Shahbandar.
#CuciMalaysia2025_BP #MPBP #PGMZon4Shahbandar #MajuJohor #JohorBersih #BpHebat