27 SEPTEMBER 2025 | SABTU - Program dilaksanakan pada 27 September 2025 jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Gelanggang Serbaguna Taman Bukit Mutiara, Batu Pahat.
Program dimulakan dengan senaman J.Robik dan aktiviti plogging. Selain itu, orang awam boleh membuat saringan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kurnia Batu Pahat dan membuat penebusan barangan kitar semula dan minyak masak terpakai. Selain itu, terdapat juga pertandingan permainan rakyat, teka kacang, pameran dan Kaunter Bergerak MPBP.
Program disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir Encik Zaidi bin Jaapar, Ketua WHIP Ahli Majlis, Encik Kang Beng Kuan, Encik Ter Hwa Kwong, Ahli Majlis Zon 20 dan ahli-ahli Majlis.
20 sumbangan daripada Yayasan Makmur Batu Pahat turut disampaikan di dalam program tersebut. Seramai 265 orang telah hadir memeriahkan perjalanan program tersebut.
#haricucimalaysia2025 #johorbersih #bphebat #strongertogether #unityindiversity