Program Gerak Mesra Zon 14

Program Gerak Mesra Zon 14

  • 1 Nov 2025
  • Berita

01 NOVEMBER 2025 | SABTU - Program Gerak Mesra Zon 14 dan Rakan Taman telah dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 14, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Tuan Haji Amri Sa’adan, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, persatuan penduduk, serta sukarelawan SV. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan agensi kerajaan, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan penduduk.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya Fun Walk, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, serta Perasmian Kebun Limau Kasturi yang telah disempurnakan oleh Tuan Rushadi bin Paduppa, Penolong Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara (JLN).

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Hjh Nor Rasyidah binti Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Parit Raja, serta Encik Abdul Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP. Turut hadir ialah Cik Hairunnida binti Mansor, Ketua Pengarah KPTM, dan penyelaras SVRT.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

#MajuJohor #batupahat #MPBP