09 SEPTEMBER 2025 | SELASA - Program disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat
Program dimulakan dengan bacaan doa, senaman ringan, serta taklimat ringkas dari Pejabat Hutan dan pendakian dimulakan pada jam 9.00 pagi.
Turut hadir sama ACP Shahrulanuar Mushaddat bin Abdullah Sani; Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Encik Arifhadi bin Johari Affandi; Pegawai Hutan Daerah Johor Tengah, Puan Puteri binti Ab. Rahaman; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Batu Pahat, Setiausaha MPBP, Ketua Whip MPBP dan Ahli Majlis, Jabatan Hutan, Ketua-ketua Jabatan Majlis Perbandaran Batu Pahat, Southern Volunters, warga kerja Pejabat Daerah Batu Pahat dan Majlis Perbandaran Batu Pahat
Ekspedisi ini bukan sahaja di Bukit Banang tapi turut dijalankan di 6 puncak serentak sekitar Batu Pahat iaitu:
- Bukit Soga Perdana
- Bukit Bindu
- Bukit Segenting
- Bukit Payung
- Bukit Inas
- Air Terjun Moakil
YBhg. Tuan Yang Dipertua MPBP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.
#majudansejahtera #EkspedisiBPHebat #7bukitdibatupahat #MajuJohor #BPHebat