Pertandingan Mereka Cipta Logo Sempena Sambutan 25 Tahun MPBP

  • 1 Dec 2025
  • Pengumuman

Warga Malaysia yang kreatif dan berbakat, ini peluang anda!

Sempena sambutan 25 Tahun Majlis Perbandaran Batu Pahat (2001-2026), kami mempelawa anda untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Rasmi sambutan ini. Serlahkan kreativiti anda dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai utama RM1,000! 

BUTIRAN PERTANDINGAN: 

  • Tarikh: 1 Disember 2025 - 15 Disember 2025
  • Tema: "Maju Sejahtera Batu Pahat" 
  • Syarat Utama: Hasil karya mestilah ASLI. Penggunaan AI adalah TIDAK DIBENARKAN.

Hadiah:

  • Tempat Pertama: RM1,000.00 + Sijil 
  • Tempat Kedua: RM500.00 + Sijil 
  • Tempat Ketiga: RM300.00 + Sijil

CARA PENYERTAAN: Hantarkan rekaan anda dalam format Soft Copy (.ai / .pdf) ke emel rasmi: [email protected]

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2025 (Isnin).

Untuk syarat penuh dan maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster atau layari laman web rasmi kami di www.mpbp.gov.my.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada sejarah MPBP!

#MPBP #25tahunMPBP #BatuPahat #JubliPerakMPBP #PertandinganLogo #DesignLogo #Johor #MajuSejahteraBatuPahat