02 SEPTEMBER 2025 | SELASA - Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP. Majlis diteruskan dengan penyampaian tanda nama wargakerja MPBP kepada Ketua- Ketua Jabatan dan Unit.
Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan hadiah kejayaan yang dimenangi oleh pasukan MPBP iaitu tempat ke-3 kategori Perbarisan PBT Terbaik bagi Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Johor tahun 2025.
Seterusnya, Pengurus Cawangan Seri Wajah Muslimah Aesthetic Batu Pahat, Puan Nur Syafiqa binti Wahid telah berbesar hati menyerahkan baucer rawatan wajah kepada pihak Puspanita MPBP.
Majlis diteruskan dengan Taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Haizum bin Esa, Pembantu Anti Dadah dari Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Batu Pahat dan turut diadakan taklimat perkhidmatan/ produk yang ditawarkan oleh Tabung Haji disampaikan oleh Haji Mohd Isa bin Ramli, Pengurus Tabung Haji cawangan Batu Pahat sebagai pengisian tambahan dalam perhimpunan pagi ini.
Akhir sekali, kunjungan Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, YDP MPBP diiringi oleh En. Abd. Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP ke kaunter - kaunter pihak jemputan seperti kaunter bergerak Tabung Haji, pameran daripada Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Batu Pahat, kaunter Seri Wajah Muslimah dan juga kaunter Olive House Selatan.