15 & 16 SEPTEMBER 2025 JANUARI 2025 | JISNIN & SELASA - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan serbuan khas terhadap penjaja warga asing tanpa kebenaran di beberapa lokasi sekitar Batu Pahat termasuk:
- Taman Bahagia Baru
- Jalan Kluang
- Pantai Minyak Beku
- Taman Perindustrian Wawasan, Sri Gading
Dalam serbuan ini, pelbagai barang jualan telah dirampas kerana aktiviti menjaja tanpa lesen sah MPBP.
MPBP menegaskan:
Aktiviti perniagaan tanpa kebenaran, khususnya oleh warga asing, adalah DILARANG SAMA SEKALI. Tindakan tegas dan berterusan akan diambil tanpa sebarang kompromi.
Tujuan tindakan ini adalah untuk:
- Melindungi peluang perniagaan peniaga tempatan
- Mengawal selia aktiviti perniagaan di kawasan bandar
- Menjaga kebersihan, keselamatan & kesejahteraan masyarakat
#MajuJohor #BangsaJohor #PenguatkuasaanMPBP #BPHebat #MajudanSejahtera