Ops Lesen Berisiko

Ops Lesen Berisiko

  • 28 Oct 2025
  • Berita

28 OKTOBER 2025 | SELASA - Satu operasi penguatkuasaan telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di sekitar pentadbiran MPBP.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis telah menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah daripada MPBP. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran empat (4) notis kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah bagi tahun semasa.

MPBP akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan berterusan terhadap semua premis berisiko bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan serta menjaga ketenteraman dan keharmonian penduduk setempat.

#MajuJohor #BPHebat #MajudanSejahtera