Ops Halangan Tempat Awam / Kaki Lima Premis

Ops Halangan Tempat Awam / Kaki Lima Premis

  • 22 Sep 2025
  • Berita

Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah melaksanakan pemeriksaan premis di beberapa lokasi sekitar Batu Pahat.

Hasil Siasatan:

 • Terdapat halangan di kaki lima premis / tempat awam melibatkan barangan perniagaan, kerusi, meja dan yang boleh menyebabkan kacauganggu di tempat awam.

Tindakan Penguatkuasaan:

 • 2 Notis Kompaun

 • 4 Notis Amaran

MPBP menegaskan bahawa sebarang bentuk halangan di kaki lima premis / tempat awam adalah 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍. Tindakan akan terus dijalankan secara tegas, adil dan tanpa kompromi demi memastikan pematuhan undang-undang serta keselesaan orang awam.

Sekian, untuk perhatian dan kerjasama semua.

#PenguatkuasaanMPBP #BPHebat #MajuDanSejahtera