Satu operasi bersama telah dijalankan melibatkan Jabatan Penguatkuasaan dan Unit Penguatkuasaan Tempat Letak Kereta (TLK) ke atas empat (4) buah premis perniagaan yang melatakan kerusi/meja tanpa permit MPBP dan tiga (3) buah dikendalikan oleh warga Rohingya pemegang kad UNHCR.
Kesalahan:
Pemilik premis didapati melangar syarat lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh MPBP.
Tindakan diambil:
- Premis diarahkan tutup serta-merta.
- Kerusi/meja serta lesen perniagaan turut disita oleh Jabatan Penguatkuasaan dengan bantuan Unit Tempat Letak Kereta(TLK).
- Tujuh(7) kompaun telah dikeluarkan keatas kesalahan halangan di tempat awam (meletakan kerusi, meja dan tempat memasak tanpa permit MPBP)
Nasihat dan Peringatan:
Pihak majlis ingin menasihatkan peniaga/pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan oleh MPBP. Mana-mana premis yang didapati melanggar syarat lesen akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, termasuk penutupan serta-merta dan sitaan barangan serta merta.
Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.
#MajuJohor #BangsaJohor #MajuSejahteraBatuPahat #OpsBersih #PenguatkuasaMPBP