19 & 20 SEPTEMBER 2025 | JUMAAT & SABTU - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah melaksanakan operasi khas terhadap peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di beberapa lokasi sekitar Batu Pahat.
Hasil operasi:
- Pelbagai barangan jualan telah disita kerana dijalankan tanpa lesen sah.
- 8 premis diarahkan tutup serta-merta.
Tindakan penguatkuasaan yang dikenakan:
- 4 Kompaun
- 3 Notis Amaran
- MPBP menegaskan bahawa sebarang bentuk perniagaan tanpa kebenaran, khususnya melibatkan warga asing, adalah 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐈.
Tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan secara tegas, adil dan tanpa kompromi demi memastikan kesejahteraan masyarakat serta pematuhan undang-undang.
Sekian, untuk perhatian dan kerjasama semua.