Operasi Jejak Hasil Tunggakan Cukai Harta

Operasi Jejak Hasil Tunggakan Cukai Harta

  • 17 Oct 2025
  • Berita

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bersama Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sedang melaksanakan satu operasi tunggakan cukai harta di kawasan Taman Banang Jaya, Taman Perdana dan Taman Bukit Perdana mulai 14 Oktober 2025. Operasi tunggakan cukai harta akan diteruskan sepanjang bulan Oktober 2025 termasuk kawasan Taman Evergreen Heights dan Taman Bukit Flora. 

Pihak MPBP menasihatkan agar semua pemilik premis di kawasan pentadbiran Majlis sentiasa membayar cukai harta mengikut jumlah yang telah ditetapkan bagi memastikan kebersihan, keteraturan dan kelestarian persekitaran Bandar Batu Pahat sentiasa terpelihara.

#MajudanSejahtera #BPHebat