MPBP Meraih Anugerah Di Majlis Apresiasi Pembekal Data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Negeri Tahun 2025

MPBP Meraih Anugerah Di Majlis Apresiasi Pembekal Data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Negeri Tahun 2025

  • 23 Oct 2025
  • Berita

23 OKTOBER 2025 | KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menerima Anugerah Pembekal Data Terbaik - Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dalam satu majlis Apresiasi  Pembekal Data Tahun 2025 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia.

Majlis Apresiasi yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru ini diadakan bagi  menghargai sumbangan dan kerjasama semua pembekal data NAPIC di Negeri Johor yang sentiasa memberi komitmen dalam menyalurkan data-data harta tanah secara berkala bagi penghasilan laporan pasaran harta oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Penilaian Negeri Johor, Sr Norhayati binti Awang turut dihadiri oleh semua pembekal data terdiri dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pemaju, Pengurus Harta dan wakil wakil agensi berkaitan industri harta tanah.

Sekalung tahniah buat warga MPBP.

#bphebat