15 OKTOBER 2025 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tuan Hj. Ezahar bin Hj. Abu Sairin atas segala sumbangan, kepimpinan dan dedikasi sepanjang menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua MPBP.
Majlis Sesi Clock Out yang diadakan hari ini menjadi simbolik kepada hari terakhir beliau sekaligus meninggalkan legasi kepimpinan yang cemerlang, berintegriti dan berpaksikan kesejahteraan warga MPBP.
Terima kasih Tuan YDP. Segala jasa dan bakti Tuan akan sentiasa dikenang.