05 SEPTEMBER 2025 | JUMAAT - Majlis pada kali ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian bermula dengan Perarakan Maulidur Rasul, Ceramah Khas Maulidur Rasul, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, serta Bacaan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang pastinya menambahkan keberkatan dan kemeriahan sambutan. Majlis Perbandaran Batu Pahat juga mencatat kejayaan apabila memenangi 3 kategori utama iaitu:
- Johan Perarakan Terbaik (Jabatan Kerajaan/ Agensi Kerajaan)
- Johan Sepanduk Terbaik (Kategori Terbuka)
- Ketiga Pakaian Terbaik (Kategori Terbuka)
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!