Lawatan Penanda Aras Ke Majlis Perbandaran Klang

Lawatan Penanda Aras Ke Majlis Perbandaran Klang

  • 23 Oct 2025
  • Berita

23 OKTOBER 2025 | KHAMIS - Satu Lawatan Penanda Aras ke Majlis Perbandaran Kajang telah di adakan. Skop Lawatan ini adalah berkaitan dengan Pengurusan Projek Pembangunan Merangkumi pelbagai Spesifikasi dan Pembangunan Pengindahan Landskap mejurus kepada aspek perancangan, reka bentuk, pengurusan projek, serta penyelenggaraan kemudahan sukan selepas proses naik taraf.

Delegasi lawatan telah diberi taklimat oleh Pengarah, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, MPKj iaitu Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman bersama-sama Pengarah, jabatan-jabatan berkaitan berhubung proses perancangan projek, termasuk pemilihan kontraktor, kawalan kos, kawalan keselamatan serta strategi penjimatan tenaga dan kelestarian alam sekitar. Delegasi turut melawat lokasi stadium yang telah dinaiktaraf bagi melihat secara langsung hasil pelaksanaan projek serta kemudahan yang disediakan kepada orang awam. Delegasi lawatan ini juga dipanjangkan Mesyuarat/Perbincangan bersama Perunding bagi cadangan menaiktaraf Stadium Batu Pahat.

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan input yang sangat berguna dalam merangka pelan tindakan bagi menaiktaraf stadium di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat. Beberapa cadangan penambahbaikan dan pendekatan yang diperoleh daripada MPKj akan dijadikan rujukan dalam memastikan projek yang dirancang lebih efisien, berimpak tinggi dan memenuhi keperluan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu yang sangat bermakna sepanjang sesi lawatan ini. Diharapkan hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh demi memacu pembangunan infrastruktur sukan yang lebih berkualiti dan inklusif pada masa hadapan.