28 - 30 OKTOBER 2025 | SELASA - KHAMIS - Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, meningkatkan komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan peserta. Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta menunjukkan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam setiap tugasan dan aktiviti yang dijalankan.
Kursus ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta dan secara keseluruhannya kursus ini mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja dapat mempererat hubungan silaturahim antara peserta malah dapat membantu membentuk budaya kerja yang lebih positif dan produktif di tempat kerja.