Kursus Pengurusan Sumber Manusia

Kursus Pengurusan Sumber Manusia

  • 16 Dec 2025
  • Berita

16 DISEMBER 2025 | SELASA - Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja MPBP terhadap kepentingan integriti dan etika kerja serta profesionalisme dalam perkhidmatan awam. Kursus ini juga dapat meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai bermula dari pelantikan sehingga persaraan.

Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Puan Noor Adiba bte Abdul Rashid dan Pegawai Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPBP. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta dari pelbagai Jabatan dalaman MPBP.

#mpbpmajudansejahtera #mpbphebat #integrityfirst