Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor 2025

Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor 2025

  • 3 Dec 2025
  • Berita

03 DISEMBER 2025 | RABU - Barisan Ahli Majlis MPBP telah menyertai Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor 2025 yang berlangsung di Menara MBJB. Majlis Turut diserikan lagi dengan kehadiran bersama Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. 

Himpunan strategik ini melibatkan kepimpinan daripada 16 PBT seluruh Johor dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. 

Intipati Konvensyen: 

  • Penyatuan Agenda: Medan menyelaraskan gerak kerja agar penyampaian perkhidmatan lebih pantas dan responsif. 
  • Peranan Ahli Majlis: Mengangkat martabat Ahli Majlis sebagai "wajah pertama" kerajaan dan penghubung suara rakyat. 
  • Pemerkasaan Dasar: Pengenalan KPI Turun Padang, Pusat Aduan Bersepadu & penyelarasan elaun sebagai manifestasi komitmen kerajaan.

MPBP komited untuk menterjemahkan segala amanat konvensyen ini kepada tindakan, memastikan Batu Pahat terus maju seiring dengan aspirasi Negeri Johor.

#MPBP #MajuJohor #PBTJohor #KonvensyenAhliMajlis2025 #BatuPahat