Hari Cuci Malaysia 2025

Hari Cuci Malaysia 2025

  • 27 Sep 2025
  • Berita

27 SEPTEMBER 2025 | SABTU - Pembersihan Mega telah dilaksanakan secara besar-besaran di 97 lokasi berbeza di Batu Pahat pada 27 September 2025 sempena World Cleanup Day melibatkan kerjasama jabatan kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, sukarelawan, Majlis Perwakilan Penduduk, komuniti dan masyarakat setempat.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua MPBP, Tn Hj Ezahar bin Hj Abu Sairin di Dataran Shahbandar dan lokasi utama pembersihan mega dijalankan di Pasar Awam Batu Pahat. 

Kempen menghindari penggunaan plastik sekali guna turut dijalankan bagi menggalakkan amalan lestari dan kesedaran alam sekitar.

#CuciMalaysia2025 #CuciMalaysia2025_BP #JohorBersih #BPHebat #StrongerTogether #UnityInDiversity #DemiPertiwi