10 SEPTEMBER 2025 | RABU - Ceramah ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada wargakerja MPBP tentang pentingnya menjaga kesihatan melalui amalan gaya hidup yang sihat dan membuat pemeriksaan kesihatan yang berkala.
Ceramah dimulakan dengan taklimat kesedaran kesihatan yang telah disampaikan oleh Dr. Aidatul Sarah Akhmar binti Mohd Razali dari Klinik Kesihatan Batu Pahat dan turut diadakan taklimat kesedaran fisioterapi dan pekhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik L’ Medina yang disampaikan oleh Encik Ahmad Amalulkhair bin Ahmad Ferdaus, Jurupulih Anggota Klinik L’ Medina Batu Pahat.
Turut diadakan pemeriksaan kesihatan kepada semua wargakerja MPBP oleh Klinik Kesihatan Batu Pahat dan Klinik L’ Medina juga menyediakan pameran dan konsultasi fisioterapi dan beberapa slot ‘sports massage’ secara percuma kepada wargakerja MPBP.
Semoga wargakerja MPBP sihat dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik!
#kesedaranpenjagaankesihatan #amalangayahidupsihat #mpbphebat