Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025

Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025

  • 5 Dec 2025
  • Berita

05 DISEMBER 2025 | JUMAAT - Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan bersama PUSPANITA MPBP bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan pengetahuan etiket sosial dalam kehidupan serta etika dalam menghadiri pelbagai majlis. Bengkel ini juga dapat meningkatkan imej diri dan imej organisasi serta melahirkan penjawat awam yang berketerampilan. 

Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Noor Azmin bin Marzukhi dari Pesona Karisma Event Planner dan telah dihadiri seramai 50 orang peserta wanita wargakerja MPBP.

#mpbphebat #puspanitampbp