Permohonan Sewaan Kaki Lima / Petak Berniaga

Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Kaki Lima / Petak Letak Kereta yang boleh diambil di Unit Tempat Letak Kereta MPBP.
  2. Sila lampirkan :
    • Salinan Lesen Perniagaan MPBP yang sah tempohnya.
    • Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM.
    • 1 gambar lokasi / lakaran lokasi.
  3. Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Sewa kaki lima :
    • Kebenaran adalah bagi kaki lima di hadapan premis sahaja.
    • Jangkamasa yang dibenarkan adalah bagi tempoh 9.00 pagi - 9.00 malam.
    • Keluasan yang dibenarkan adalah keluasan laluan atau lorong bagi pejalan kaki dan tidak menutup lalu tangga atas.
    • Kebersihan laluan dan kawasan sekeliling adalah tanggungjawab pemohon.
    • Pihak MPBP tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecurian di kawasan sewaan.
    • Pihak MPBP boleh membatalkan sewaan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.
    • Tindakan sita dan kompaun boleh dikenakan sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat.
  2. Sewa petak berniaga :
    • Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu mendapat keputusan pihak MPBP.
    • Kawasan jalan yang disewa hendaklah terkawal dari kesesakan lalu lintas.
    • Bayaran hendaklah dijelaskan selepas permohonan diluluskan.
    • Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran sewaan Tempat Letak Kereta, pihak MPBP boleh mengeluarkan kompaun dan menyita barang dagangan di petak Tempat Letak Kereta.
    • Penyewa tidak dibenarkan membasuh, mencuci, memasak dan membina apa-apa binaan di dalam petak sewaan.
    • Penyewa hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan akta yang digunapakai oleh MPBP dari masa ke semasa. Sekiranya gagal, penyewa boleh dikenakan kompaun.
    • Pemohon hendaklah meletakkan kon keselamatan dan menerangkan (lampu) di kawasan tempat letak kereta.
    • Kelulusan hanya dibenarkan di hadapan premis perniagaan sahaja.
    • Jangkamasa sewaan tempat letak kereta dibenarkan mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam (Fasa 2) bagi kedai makan dan minuman sahaja.
    • Sebarang kemalangan, kecurian, keselamatan pelanggan dan orang awam di kawasan sewaan tempat letak kereta adalah tanggungjawab pemohon dan pihak MPBP tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan keselamatan dan kecurian di kawasan sewaan Tempat Letak Kereta.

Tambahan Syarat-syarat Bagi Sewaan Petak Tempat Letak Kereta (TLK) Untuk PPN Fasa 1 Dan Fasa 2

  1. Penggunaan meja tidak melebihi 10 buah meja dan 5 petak TLK.
  2. Jarak meja ke meja 1 meter.
  3. 1 meja bersaiz 3 kaki dihadkan untuk 2 orang pelanggan sahaja.
  4. Tidak dibenarkan menyambung meja (kecuali bagi pelanggan berkeluarga dari isi rumah yang sama).
  5. Sebarang perubahan SOP tertakluk kepada kebenaran MKN dan PBT bagi mengawal penularan Covid-19.

Penamatan Sewaan

  1. Penyewa dikehendaki memaklumkan ke Unit Letak Kereta MPBP secara bertulis sebulan sebelum tarikh menamatkan sewaan.