MENU

Menu utama

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PELANCONGAN BATU PAHAT

Anda Kreatif ??? Jom sertai Pertandingan Mencipta Logo Pelancongan Batu Pahat dan menangi hadiah Wang Tunai RM3,000.00 bagi pemenang utama. Serlahkan kreativiti anda dan sumbangkan idea yang mantap dan rekabentuk yang mencerminkan identiti pelancongan Batu Pahat. Anda telah bersedia….!!!!!! Jangan lepaskan peluang terbaik ini.

SYARAT AM PENYERTAAN

1. Kategori Pertandingan adalah TERBUKA.

2. Tempoh pertandingan bermula 20 Januari 2023 hingga 20 Februari 2023.

3. Penyertaan adalah PERCUMA dan setiap peserta boleh mengemukakan lebih daripada satu (1) rekabentuk logo.

4. Rekabentuk logo perlu asli dan bukan salinan daripada mana-mana logo pihak lain yang telah dipaparkan samada di media cetak atau media elektronik.

5. Setiap rekabentuk perlu menitikberatkan produk pelancongan daerah Batu Pahat dan mengetengahkan imej pelancongan daerah. (keutamaan kepada penggunaan ikon / imej daerah Batu Pahat).

6. Rekabentuk perlu disertakan dengan tema (tagline) yang menarik dan mempunyai impak kepada sektor pelancongan Batu Pahat.

7. Penggunaan warna & tema adalah perlu kreatif dan tidak keterlaluan.

8. MPBP tidak bertanggungjawab diatas sebarang tuntutan atau rayuan semasa penyertaan pertandingan ini.

9. Setiap karya akan menjadi Hakmilik Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan pihak MPBP berhak untuk mengubah atau mengemaskini rekabentuk mengikut kehendak semasa.

Klik link untuk mendaftar http://bit.do/DAFTAR-PERTANDINGAN-LOGO

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am