MENU

Menu utama

TAKLIMAT & SESI BENGKEL PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR & RENDAH KARBON BATU PAHAT 2022-2030 (BATU PAHAT SMART & LOW CARBON ACTION PLAN 2022-2030) 
Selaras dengan inisiatif bandar pintar di peringkat Negeri Johor yang sedang giat dilaksanakan, Majlis Perbandaran Batu Pahat juga tidak ketinggalan ke arah melaksanakan Inisiatif Bandar Pintar & Rendah Karbon di Batu Pahat bagi memastikan masyarakat Batu Pahat juga menikmati limpahan teknologi dan gaya hidup pintar pada masa hadapan. Oleh yang demikian, Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin telah merasmikan pembukaan Sesi Taklimat & Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar & Rendah Karbon bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Menara MPBP. Bengkel bertujuan mendapatkan input dan maklumbalas di peringkat tempatan berkaitan isu dan cabaran pelaksanaan bandar pintar di Batu Pahat. 
Untuk rekod, Majlis Perbandaran Batu Pahat telah memulakan inisiatif Bandar Pintar ini bermula tahun 2020 apabila projek perintis bandar pintar dilaksanakan secara Private Public Partnership (PPP) dengan pihak swasta melibatkan pemasangan CCTV analitik di pusat bandar bagi pemantauan kesalahan lalulintas dan jenayah, pemasangan Smart Traffic Light di Jalan Bakau Chondong bagi kawalan lalulintas, Pembangunan Pusat Operasi Bersepadu (Integrated Operation Centre – IOC) serta pembangunan Batu Pahat Smart City Dashboard bagi tujuan pemantauan aktiviti di bawah inisiatif Bandar Pintar & Rendah Karbon.
Peringkat seterusnya penglibatan awam & agensi berkepentingan akan dilibatkan dalam satu sesi khas yang akan diaturkan oleh pihak urusetia. MPBP berhasrat menjadikan Batu Pahat sebagai salah satu bandar berstatus bandar pintar di Malaysia menjelang tahun 2030.
#MajuJohor
#BangsaJohor
#TerusMajuDanSejahtera
#BPhebat
#Johorbersih100hari
#bandarpintarrendahkarbon

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am