MENU

Menu utama

PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI DI HUTAN LIPUR SOGA PERDANA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-65

Program Pemantapan Jati Diri Siri 2 di Hutan Lipur Soga Perdana sempena Bulan kemerdekaan ke-65 telah diadakan seawal jam 7.30 pagi. Program ini merupakan program bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan Pejabat Hutan Negeri Johor.

Bagi Siri 2 pendakian di Hutan Lipur Soga Perdana. Para peserta perlu mendaki sepanjang 4 kilometer sehingga ke puncak Bukit Soga.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa, senaman ringan, serta taklimat ringkas dari Pejabat Hutan dan pendakian dimulakan pada jam 8.15 pagi.

Program ini turut disertai oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, YBhg Tuan Ezahar bin Abu Sairin, Pegawai Pejabat Hutan Negeri Johor, Ketua-ketua jabatan MPBP, Southern Volunteers Batu Pahat, warga kerja Pejabat Daerah Batu Pahat, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Jabatan Imegresen Batu Pahat,JPAM serta Jabatan Kewangan MPBP dan Unit 'One Stop Centre' (OSC) MPBP.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya menamatkan pendakian untuk siri kedua ini.

Terima kasih diucapkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang terlibat secara lansung atau tidak bagi menjayakan program ini.

Bagi yang ingin mendapatkan permit untuk mendaki boleh menghubungi Pejabat Hutan di Soga Perdana.

#EkspedisiBPHebat

#siri2bukitsoga

#7bukitmenarikdibatupahat

#MajuJohor

#TerusMajuDanSejahtera

#BPHebat

#JohorBersih100hari

#BandarPintarRendahKarbon