MENU

Menu utama

Program Johor Bersih Di Zon Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Johor Bersih yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 3 Julai 2022 yang lalu dengan sasaran dan matlamat menjadikan Negeri Johor Darul Ta’zim sebagai negeri yang bersih, ceria dan indah.

YBhg. Encik Ezahar Bin Abu Sairin,Yang DiPertua MPBP serta Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha MPBP berkesempatan untuk hadir melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti gotong-royong pembersihan kawasan setempat serta penanaman pokok dan telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada setiap Ahli Majlis.

Turut bersama dalam Program Johor Bersih ialah Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail; ADUN Senggarang dan Yang Berhormat Datuk Mohamad Najib bin Samuri; ADUN Parit Yaani.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis MPBP dan Pegawai Penyelaras kerana telah berjaya menganjurkan Program Johor Bersih secara serentak di zon masing-masing, Agensi-agensi yang berkaitan serta penduduk setempat kerana turut sama bergotong-royong demi menjaga kebersihan Batu Pahat yang dicintai.

#MPBP #JohorBersih #BPHebat

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am