MENU

Menu utama

4 DISEMBER 2022 | AHAD - Program Hari Bebas Karbon 2022 telah dilaksanakan pada pagi ini bertempat di Jalan Abu Bakar, Batu Pahat.

 

Program bermula dengan acara senamrobik dan seterusnya pelepasan Kayuhan Santai dan Plogging ke Pantai Teluk Wawasan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Walkabout dan Plogging Santai di sekitar Jalan Abu Bakar / Jalan Rugayah / Jalan Soga, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Permainan Tradisional, dan banyak lagi.

Program turut disertai oleh Encik Abdul Karim bin Haji Bakar; Setiausaha MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP, Ketua-ketua Jabatan, PDRM, SWCorp Batu Pahat, Agensi swasta, warga kerja MPBP serta penduduk Batu Pahat.

#MPBP #mpbplowcarboncity #MajudanSejahtera