MENU

Menu utama

PROGRAM GERAK MESRA ZON 17 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

CARI DAN MUSNAH (S&D) GOTONG ROYONG DILOCALITI WABAK DENGGI

27 JANUARI 2023 ( JUMAAT ) - Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Taman Flora, Batu Pahat anjuran Yang Berbahagia Datin Hajar binti Abd. Rahman, Ahli Majlis MPBP Zon 17 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP.

Selain aktiviti gotong royong cari dan musnah wabak denggi disekitar Taman Flora pelbagai program turut diadakan seperti Pemeriksaan Kesihatan, Pemeran denggi serta pameran pendidikan dari Kolej Komuniti dan cabutan berhadiah.

Hadir sama memeriahkan program ialah Ahli-ahli Majlis MPBP. Semoga dengan adanya program gotong royong ini dapat menghindari wabak denggi di kawasan tersebut.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#BPHebat