MENU

Menu utama

PEMBENTANGAN LAPORAN DERAF PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT (2023-2033) BIL.02/2023

22 Mei 2023 | Isnin - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah berjaya menyiapkan Laporan Draf bagi penyediaan Pelan Induk  Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat (2023-2033).

Pembentangan Pelan Induk Landskap ini telah dibentangkan oleh Encik Lar. Sabaruddin bin Buang dari Konsep Inovartis Sdn Bhd sebagai Perunding Kajian. Turut hadir dalam penbentangan tersebut adalah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin, Ketua-ketua jabatan unit/wakil agensi serta Ketua-ketua Jabatan MPBP.

Tujuan pembentangan ini diadakan bagi membentangkan hasil penemuan dan sintesis  pembangunan landskap dapatan daripada rangkuman pandangan semua jabatan dan

agensi yang telah terlibat dalam bengkel Focus Group Discussion (FGD) yang telah  dijalankan sebelum ini. Kajian Pelan Induk Landskap kini berada di peringkat ke-empat (4) dalam tempoh kajian setelah beberapa sesi pembentangan diadakan.

Selain itu, ianya juga dapat menterjemah dengan lebih terperinci konsep dan cadangan pembangunan landskap yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. Pada peringkat ini juga merupakan Pra-laporan terakhir, selepas proses perbincangan untuk melengkapkan setiap penyataan cadangan dengan memberi fokus kepada cadangan landskap bagi kawasan-kawasan berpotensi dan kawasan-kawasan keutamaan.

Pihak MPBP berharap dengan adanya Pelan Induk Landskap ini kelak ianya dapat memastikan apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan serta direalisasikan melalui pelan pembangunan projek fizikal yang akan dinikmati oleh masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi dan sektor pelancongan daerah Batu Pahat.

#MajudanSejahtera

#LowCarbonCity

#BPHebat

#MPBP