MENU

Menu utama

Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor (PREIJ) 3.0

Bantuan One-off RM500.00 Kepada Pemegang Lesen Premis Gunting Rambut atau Salun

▪️Data maklumat pemberian bantuan one-off ini adalah berdasarkan senarai peniaga premis gunting rambut / salun yang mempunyai Lesen Perniagaan MPBP.

▪️Iklan Siri 1 bertarikh 19 Jun 2021 telah dikeluarkan bagi menyeru kepada senarai nama terlibat agar membuat permohonan kepada MPBP.

▪️Namun, masih terdapat 141 orang pelesen yang sehingga kini masih tidak memberi maklumbalas.

▪️Oleh itu, pihak MPBP membuat Iklan Siri 2 bagi senarai nama yang terlibat.

▪️Sila lengkapkan Borang Permohonan & kemukakan salinan dokumen yang diperlukan iaitu :
Lesen Perniagaan MPBP
Kad Pengenalan Pelesen
Penyata Akaun Bank (Maklumat akaun bank mestilah sama dengab maklumat pelesen)
Screenshot Bukti Pendaftaran / Sijil Vaksinasi Covid-19

▪️Sila hantar BORANG beserta DOKUMEN yang diperlukan ke Kaunter Khidmat Pelanggan MPBP secara DROP-OFF di kotak yang disediakan.

 

▪️Tarikh Tutup Penghantaran Dokumen :
31 Ogos 2021

▪️Senarai Nama yang terlibat boleh dimuat turun di sini :
senarai_nama_bagi_pakej_rangsangan_ekonomi_ihsan_johor_preij_3.0.pdf

▪️Borang Permohonan boleh dimuat turun di sini:

borang_permohonan_pakej_rangsangan_ekonomi_ihsan_johor_preij_3.0.pdf

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am