MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN (IPMC)
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT BIL 2 TAHUN 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Perindustrian (IPMC) peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil. 2/2024 telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2024 bertempat di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin dengan penglibatan daripada Setiausaha MPBP, Ahli – Ahli Majlis MPBP, Agensi Peringkat Daerah Batu Pahat dan Peringkat Negeri, ketua-ketua zon taman industri dan jabatan dalaman MPBP.
Hasil mesyuarat telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah antaranya sistem perparitan dan perletakan tong RORO di Kawasan Perindustrian Industri Parit Raja, pembaikan lampu jalan di Industri Rengit, cadangan penyelesaian masalah pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di kawasan Industri Damai Plus.
Cadangan daripada pemain industri lain juga diambilkira bagi penyelesaian secara bersama oleh pihak MPBP dan agensi berkaitan.