MENU

Menu utama

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT BAGI BULAN MEI TAHUN 2023

14 MEI 2023 | AHAD

Majlis perhimpunan yang diurusetiakan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Landskap bermula dengan Ucapan Aluan oleh Encik Mohd Ridzuan bin A. Rahim, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Landskap MPBP dan diteruskan dengan penyampaian amanat serta ucapan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, YBhg Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Program diteruskan dengan penyampaian anugerah pekerja contoh bulanan bagi bulan februari, mac dan april tahun 2023, penyerahan surat kenaikan pangkat, penyerahan surat lantikan pegawai baru, dan majlis penyerahan kunci bilik pemandu, bilik serbaguna dan bilik ‘Mama Friendly’.

Bersempena dengan bulan syawal yang mulia ini, program diakhiri dengan Majlis Marhaban yang dipimpin oleh Encik Aripin bin Jelani dan dimeriahkan lagi dengan jamuan hari raya yang berkonsepkan ‘Potluck’ dari semua Jabatan dan Unit.

Hadir sama ialah Encik Abdul Karim bin Haji Bakar; Tuan Setiausaha MPBP, Ketua-ketua jabatan serta warga kerja MPBP.

#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am