MENU

Menu utama

5 APRIL 2023 | RABU

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, BICARA RAMADAN & MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan perhimpunan bulanan yang diurusetiakan oleh Jabatan Kewangan MPBP. Program dimulakan dengan Sumbangan Bubur Lambuk oleh Anulae Cawangan Johor Barat dan Kelab Bunga Tanjung MPBP, Southern Volunteers MPBP dan Puspanita MPBP kepada orang ramai di Jalan Omar.

Seterusnya di adakan Majlis Khatam Al- Quran, Majlis Sumbangan Banjir Yayasan Makmur Batu Pahat kepada warga MPBP yang terlibat dengan banjir baru-baru ini dan Program Bicara Ramadan oleh Ustaz Zuhairy bin Zolkiple Penceramah Bebas bertauliah serta majlis berbuka puasa.

Majlis tersebut juga telah di sempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat YBhg. Encik Ezahar bin Abu Sairin. Turut hadir sama Ahli-ahli Majlis, Setiausaha dan wargakerja MPBP.