MENU

Menu utama

MAJLIS BERBUKA PUASA YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT

17 APRIL 2022 | PiINETREE HOTEL BATU PAHAT

Satu Majlis Berbuka Puasa Yayasan Makmur Batu Pahat telah diadakan Sempena Ramadhan Tahun 2022 Peserta E-kasih dan Asnaf di kawasan MPBP.

Bantuan wang tunai dan barangan keperluan telah diberikan kepada para penerima dimana diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu serba sedikit tentang keperluan harian mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zulkurnain Bin Hj Kamisan, Adun Kawasan Sri Medan merangkap Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat.

Majlis turut disertai oleh Encik Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP merangkap Timbalan Pengerusi, YB Puan Nor Rashidah binti Ramli, Adun Kawasan Parit Raja merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Cik Maslin Ruhaila Binti Muhammad Rashid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Tuan Setiausaha MPBP, Ahli Majlis serta Ketua Jabatan MPBP.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am