MAJLIS AMANAT YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT TAHUN 2023
15 JANUARI 2023 | AHAD
MENARA MPBP
Program dimulakan dengan sesi Ucapan dan Amanat bagi tahun 2023 oleh YBhg. Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat yang telah memberi amanat bagi tahun 2023 dan program-program yang dirancang oleh jabatan-jabatan di MPBP. Tuan YDP juga sempat mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang telah dikecapi oleh MPBP sepanjang pada tahun 2022.
Program diteruskan dengan penyampaian anugerah pekerja contoh bulanan sepanjang tahun 2022 dan majlis penyampaian hadiah pertandingan memcipta logo dan selogan KIK.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Tuan Setiausaha MPBP serta warga kerja MPBP.
#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat