MENU

Menu utama

LAWATAN MENGEJUT TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BARU PAHAT KE PASAR BORONG KOTA MURNI

Bertindak diatas dasar 'No Wrong Door Policy' Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin bersama Pegawai Penilaian telah membuat lawatan mengejut ke Pasar Borong Kota Murni jam 3 .00 pagi bagi melihat sendiri keadaan pasar borong tersebut dan berjumpa dengan peniaga-peniaga pasar bagi mendapatkan maklumat.
Dalam sesi lawatan tersebut ada beberapa perkara yang dibincangkan dan akan dibuat penyelenggaraan dan pembaikan pasar tersebut bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga.
Kebersihan adalah asas kesihatan. Kebersihan  pasar tanggungjawab bersama.
#MajuJohor
#BangsaJohor
#TerusMajuDanSejahtera
#BPhebat
#Johorbersih100hari
#BandarPintarRendahKarbon

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am